Jumaat, Mac 20, 2009

MISTIK

Ini kisah benar, peristiwani berlaku masa kenduri di umah kak mimah. sebelum ni kak mimah ada cerita kat aku pasal ada makhluk halus yang kacau ija (anak kakak). Benda tu ikut sampai ke sekolah. Sapa tak taku kalau ada orang tua duduk kat kita dah tu peluk lagi. Kesian ija di takut sampai menangis.
kebetulan kenduri anak kak mimah ni kak lijah balik, dia duduk kat perlis. aku tak cerita benda tu ada kat mana di rumah kak mimah. tapi masa kami sampai kat umah kak mimah azmi ( abi ku) park van dekat pokok kelapa depan umah kak mimah, pastu anak kak lijah namanya siti ( siti ni boleh nampak makhluk halus katanya....) dia kata "mak banyaknya dia kat sini" aku pu tanya apa benda dia kata "benda tu la" aku pun tanya orang tua dengan cucucu ke dia jawab "ya banyak sangat" sama macam ija kata kat mak dia. pastu kita orang pun masuk la umah sebab nak masak makan tengahari dan nak siap bilik pengantin lagi.masa kita orang tengah isi bunga telur kak lijah tanya siti ada tak benda tu kat atas alang ditengah umah ni. siti jawab"is.. ada buat apa entah dia kat situ" pastu dia kata lagi " dia ikut ija masuk tadi" kak lijah terus panggil ija dia tanya ija macam mana rupa makhluk tu. dia kata " muka orang yang ikut kamu tu tua ya" ija jawab ya kak lijah tanya lagi " orangnya pendek" ija jawab ya "rambutnya putih" ija jawab ya, apa lagi naik seram la aku kat situ yang peliknya kak lijah kata dia tak nampak ttapi dia boleh gambarkan pada ija. pastu dia kata " mmmm itu opah abagng kamu punya. dia suka kat kamu sebab itu dia ikut kamu. dia nak cari waris perempuan tapi dia tak ada, jadi kebetulan kamu pernah pergi umah diakan.masa tu la dia suka kamu. " ija takut di amenangis kalau aku bukan menangis asik pegang al-quran je.
masa kenduri esoknya kak lijah tunjukan rupa benda yang ikut ija tu. dia menyerupai tuannya. aku pun ambil gambar. masa kenduri kak miah kata dia ada masuk umah dia berdiri betul-betul duduk kat bawah alang tu, matanya melilau macam mencari sesuatu seram betul kata kak miah. kak lijah suruh kak mimah bawa anak dia berubat takut terlambat nanti susah. kalau benda yang berkaitan dengan syaitan ni bahaya. Nanti aku akan sambung lagi

SAMBUNGAN SAMAN JPJ

18 Mac 2009 Hari ini aku kena pergi makamah sebab tak bayar kompaun, aku ingatkan tak la lama rupanya kes berat dulu baru saman JPJ. aku ingat betul la kata yop boleh dapat kurang. ramai yang tanya kenapa aku tak bayar kompaun, datang kesini rumit, silap ari bulan kena bayar lebih lagi. betul pun kata mereka. nama ku dipanggil dan aku dibacakan kesalahan aku, aku mengaku dan ditanya ada rayuan aku pun kata la minta dikurangkan kompaun, bila majestrit tu kata RM150.00 aku rasa macam nak cekik je yop sebab bukan lagi kurang aku dapat lagi lebih ada betul la kata cina tadi. menyesal pun tak guna nak tak nak aku bayar jugak kalau tak tidur lokap la aku.
Ini merupakan pengajaran yang tak akan aku lupakan sebab dengar cakap orang, kalau orang tu betul-betul tahu tak pe ni lain pulak jadi. Tapi bak kata orang pengalaman mengajar kita apa itu kehidupan dan menyedarkan diri kita. Yang paling penting jangan dengar cakap orang ambil tindakan yang logik di akal. yang paling penting kalau ada duit bayar je dah salah sendiri.

Selasa, Mac 03, 2009

lamanya tak masuk rinduk sangat. sepanjang tempoh ni banyak perkara yang berlaku ada manis dan pahit. aku nak cuba menulis novel pulak la mana tau kot menjadi pulakkan.