Jumaat, Januari 22, 2010


click to create your own

TAHUN BARU

Lamanya tak update blog ni dah bersawang. tahun baru azam pun baru orang kata, tapi kalau tiap-tiap tahun azam je lebih tunainya tidak tara guna juga. Tahun ni tambah sorang lagi anak ku melaporkan diri kesekolah. sebelum ni memang dah sekolah pra tapi lani sekolah betoi punya.
Walaupun anak yang ketiga tapi perasaan kali pertama dalam darjah satu tu tetap gabrakan. tapi yang pelik budak sekarang tak risau pun, ingatkan tukar sekolah dia tak ada kawan dan nanti waktu makan macam mana pulak, rupanya dia buat sekolah tu macam rumah dia je, tak heran langsung. Balik dari sekolah senyum, bila tanya Haziq ada kerja sekolah tak dia kata tak ada tapi bila buka bag sekolah dia semak satu-satu banyak dia tak siap. Jadi tambah lagi lah jawatan aku kat rumah jadi tukang semak kerja sekolah dia hari-hari.
Farhan pulak dah ok sikit ada kemjuan, tapi perlu pantau selalu dan kena banyak pujian . Macam-macamkan talatah anak ni yang paling best sekali aina puteri bongsu ku. dia sekarang dah tinggal sorang, dari pagi sampai pukul 6.00 petang sebab abang dia dah sekolah agama disebelah petang. nak hantar sekolah tadika mak tak kasi mak kata kecik lagi tapi aku tau mak sunyi kalau aina tak ada sebab itulah satu-satunya kawan dia bergaduh dan bersembang. kalau dengar mak gaduh dengan aina rasak nak tergelak. abah pun sama gak, mana taknya mana ada cucu dia yang berani panjat badan dia. siap buat motosikal lagi. nak tahu cara aina buat abah jadi motosikal . dia duduk atas kaki abah dan pegang perut abah yang pjk tu pastu dia pun hidupkan enjin dan bruuuummmmm yang tak tahan ada bunyi berik dan macam-macam bunyi sampai abah pun tanya dia itu bunyi apa pulak.
puteri sulung ku pula tahun ni tahun peperiksaan, upsr ibu harap kakak dapat 5A walaupun kakak tak nak masuk asrama tak pe tapi cuba daptkan 5A tu. Berusaha la untuk tahun ni je bukan lama pun. ibu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.
ok la nanti sambung lagi bye....