Khamis, November 27, 2008

AINA SAFIA

ABAH & MAK

Semua Orang mempunyai ibu bapa, tapi tidak semua orang menghargai ibu bapa mereka. Apabila difikirkan aku rasa bertuah sebab aku sentiasa mendampingi mak dan abah setiap hari. Aku dapat menyumbang bakti dengan membantu mereka melakukan kerja yang mereka tidak mampu lakukan, menjaga mereka ketika sakit dan yang paling penting aku dapat meluangkan masa dengan abah dan mak setiap hari. Mungkin rasa pelik kalau aku katakan ada anak yang tidak tahu nak berbual dengan mak mereka( kekok ), pelikkan tapi itulah kenyataan sebab kak iparku ada yang macam tu, dari apa yang beliau ceritakan kepada ku memang sedih kisah hidup beliau, bagaimana buruknya ibu sendiri melayan dia, kalau aku ceritakan dekat sini mungkin ramai yang tak percaya tapi mungkin juga ada yang senasib dengan kak iparku.
Bila mendengar nasib orang lain aku rasa sangat bertuah mendapat ibu bpa yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga yang diamanahkan oleh allah untuk menjaga zuriat mereka dengan baik, sekurang-kurangnya aku diberi pendidikan agama dan dianjar tanggungjawab sebagai anak. Abah orangnya tidaklah garang tapi kalau dia marah takut..... sikap abah lebih suka memerhati tingkah laku anak-anaknya , kalau terlampau dia akan tegur dan seingat aku abah tak pernah menjentik aku sekali pun.
Mak mana yang tak sayang anak, mereka yang mengandungkan kita dan melahirkan kita tentulah kasih sayangnya melebihi segalanya. Mak orangnya terlalu lurus, mak dikahwinkan diusia 15 tahun dan terus terpisah dari keluarga kerana terpaksa mengikut suami yang berkerja sebagai askar british disingapura. mak memang bermulut bising kalau ada tingkah laku anaknya yang tidak mendengar katanya dia akan (membebel) panjang, kalau tak sabar dinasihatkan pergi cepat kalau yang tahan jangan menjawab dan diam je. Mak sanggup susah demi anak-anaknya, semasa kecil dahulu kami adik beradik tak ada duit belanja untuk kesekolah, mak akan bangun pukul 4.00pagi untuk membuat sarapan bagi anak-anaknya untuk dibawa kesekolah. Mak juga menjual kuih untuk menggembirakan anak-anaknya supaya dapat membelikan apa yang anak-anaknya teringin nak makan. tidak dinafikan mak memang pandai masak, setiap kali abah pergi kemana-mana, sekiranya dia makan masakan yang sedap pasti abah akan ceritakan pada mak macam mana rasa makanan tersebut dan mak akan cuba membuatnya, pasti menjadi. jadi takpayahlah abah nak bawa kami pergi ketempat tersebut, dan kami pun faham dengan pendapatan abah pada masa itu, kami tidak berani nak minta belikan mainan atau barang keperluanperibadi mahu pun sekolah seperti pensil warna buku tulis dan bayaran kelab dan koko. kami akan mengumpul duit raya sebanyak mungkin dan menyimpan separuh dan membeli apa yang kami kehendaki. abahlah yang membawa kami pergi ke pasaraya untuk memilih barang yang kami teringin nak beli.
Kalau bercerita pasal makan aku pasti teringat cara abah mendidik kami, kalau musim buah durian abah akan membeli banyak sangat durian, dan kesemua durian terseut dibuka dan dikumpulkan terlebih dahulu isinya, setelah selesai barulah abah akan membahagikan sama rata supaya anak-anaknya dapat merasa buah durian yang sedap dan tak sedap mengikut nasib, kami 12 bedradik jadi macam-macam perangai yang tua akan mencilok adik-adik punya. Mak selalu mengingatkan kami jaga adab dan tingkah laku ketika pergi kerumah orang, kami tidak akan berani keluar masuk, ambil makanan yang dihidang sesuka hati apatahlagi nak minta itu dan ini. apa yang mak kasi itulah kami makan, tapi bila aku nak mendidik anak ku seperti mana mak lakukan kenapa anak ku tak mahu mengikut dan pandai menjawab pulak tu, kalau dulu bila degil sikit mak akan mencubit apabila pulang kerumah dan esok serik tak buat lagi tapi sekarang kalau kita cubit anakkita mereka akan menjerit sekuat hati hinggakan orang ingat kita pukul teruk sangat.
Kalau kita menyakiti hati ibu bapa kita hidup kita tidak akan tenteram didunia dan akhirat. aku pernah menyinggung perasaan mak dan pada hari yang sama aku tidak dapat membuat kerja dipejat dan hati menjadi tak menentu resah gelisah, difiran macam -macam yang berligar, " kalau balik nanti aku kemalangan dan tak sempat minta maaf apa akan jadi pada ku, mati dalam keadaan derhaka kepada ibu ku " aku cukup takut itu terjadi. jadi janganlah kita menyakiti hati ibu bapa kita. walaupun bermacam dugaan yang akan kita tempuh sekiranya duduk berdekatan dengan ibu bapa kita. kesabaran yang kuat perlu ada pada hati kita. bagi mereka yang tinggal dengan ibu bapa fahamlah macam mana rasanya. tapi aku bersyukur kerana aku terpilih oleh allah untuk berkhidmat dengan ibu bapa ku dan aku berharap semoga allah memberi banyak-banyak kesabaran kepada ku dan suamikau, dan janganlah menjadikan aku anak derhaka,ya allah engkau yang maha pemurah lagi maha pengasih dan penyayang, ya allah lindungilah kami ya allah. amin....

Selasa, November 25, 2008

mengumpat

Aku tak pasti apa yang aku buat betul atau salah. Aku ingin berubah tapi untuk melakukan perubahan pada diri sendiri susah sangat kenapa. Terutama pada tingkah laku kita. Bila msuk pejabat aku akan kembali kepada perangai asal ku, aku bukan tak boleh berkerja sama dengan orang lain cuma apa bila orang lain seakan melepas kan tanggungjawab mereka kepada aku sedangkan itu bukan tanggungjawab ku, oleh kerana tabiatku suka membantu orang lain dan kadang kala mereka menganggap ku sebagai penyibuk ke.
Sebagai contoh untuk melakukan sesuatu kerja yang bukan tugas ku tetapi aku cuba nak menolong dan memberi pandangan tetapi tidak diindahkan, apabila semakin hampir datelinenya baru cari aku macam mana tak geram, pastu rasa macam nak marah je, masing-masing nak lepas tangan, kalau dari awal tugasan itu diserahkan kepada seseorang dah tentu perkara ini selesai tanpa sebarang masaalah.
Bila perkara bergini terjadi aku akan mengumpat orang lain kerana tak puas hati, kan dah dapat dosa kering sebab mengata orang, ini yang paling aku nak elakkan . Tapi memang susah kalau nak berubah. "Ya allah bantulah hambamu, hambamu ini cuba untuk tidak mengata orang lain ( mengumpat ) lagi dan ingin hidup yang tenang . Berilah petunjuk dan hidayah kepada ku ya allah." susahnya nak kawal lidah daripada mengata orang, pernah aku cuba dan dapat kepuasan dan ketenangan hati yang tak terkira dan rasa teramat bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mengawal lidah sendiri. Mungkin ada orang yang akan ketawa apa bila membaca ruangan ini, tentu ramai yang setuju kalau aku katakan lkata hatilah punca segala-galanya . kalau kita tidak terpengaruh dengan hati maka lidah tidak akan melafaskan kata-kata yang menyakiti hati orang lain.

Isnin, November 24, 2008

AZUA BALIK DARI RIAT

Hari ini abah dan mak pergi jemput azua balik dari riat, mak sewa van pak tam nak ambil dia, kesian mak korbankan duit dia RM500 tapi bila aku tanya mereka yang biasa pergi KL lebih kurang itu juga kosnya, itulah kasih ibu seperti lagu yang pernah aku dengar " kasihnya ibu membawa kesyurga, rela berkorban apa saja harta atau pun nyawa ". tak pelah asalkan mak puas hati hajat dia nak pergi ambil azua buat kali terakhir tercapai. Semua pun teringin nak pergi ambil tapi tak boleh aku dan mia dah tentulah tak boleh pergi sebab kena jadi tukang tunggu dan tukang masak tetap mak.
Hari ini aku dan mak dah rancang nak ma masak Sambal udang, Laksa, Lemak Rebung & Gulau Tempoyak, semua barang aku dah sediakan tinggal untuk mia masak je, dan aku dah bagitau kat kak mimah kalau boleh tolong mia masak untuk tambahan nanti belilah kacang dan ada buat kuih dengan mak, kuih makmur, mazola dan biskut arab harap azua suka.
Seronok sangat mak nak pergi ambil azua setiap hari mengira hari nak pergi, tapi pagi tadi mak tak berapa sihat resdungnya datang balik harap mak akan lega lepas makan ubat, Aku doa semuanya selamat.

Selasa, November 18, 2008

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI

cuti sekolah dah datang lagi kena duduk umah mak la. Biasa la abi kena kursus hujung tahun baru dapat pi bercuti orang dah sibuk nak buat persiapan buka sekolah aku baru nak bercuti dengan anak-anak, tapi tak pe tahun depan abi dah habis dah, sekarang ni tengah sibuk pasal akaun almaklumlah nak sampai hujung tahunkan keja banyak, ni yang aku malas nak jaga akaun ni, bab macam ni lah yang aku malas, orang lain boleh cuti aku kena siapkan keja. boring.......... lain le kalau boss bagi aku gaji mangku ke atau tanggung keja ke best le jugak.
Ok la nak sambung keja nanti lagi berlambak pulak.bye...

Isnin, November 10, 2008

KEK COKLAT YANG LEMBAB

Kali ni saya nak kongsi resepi kek coklat yang senang dan mudah, yang paling penting sedap.... . selepas cuba resepi ni saya terus jadikan koleksi kegemaran saya, oh ya resepi ini juga saya dapati di my resipi, banyak resepi menarik disana. cubalah kek ni pasti tak menyesal....

Moist Choc. Cake

Choc_cake_potong


Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Jumaat, November 07, 2008

KEK KEJU YANG MUDAH DAN SEDAP...

Resepi ni saya dapat dari my resepi dan saya telah mencuba sedap dan lembut. Pertamakali mencuba kek keju seronok tak terkata. Resepi ini juga menjadi kegemaran saya dan anak-anak. cubalah pasti tak rugi boleh buat jual.

SLICE CHEESE KEK






Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Khamis, November 06, 2008

HARI YANG MURUNG

Hari ini, pagi lagi dah kena marah dengan mak pasal anak akulah pastu ada je tak kena hingga lah aku tak dapat sabar dan terlepas dengan kata-kata yang menyinggung perasaan mak, walau pun aku tidak meninggikan suara tapi emak kata aku marah dia tak apa lah, tapi aku tahu aku bersalah sebab kecilkan hati mak, hati aku tak penting biar mati sekali pun hati ku tak apa.
Tapi aku dah pun terus minta maaf dengan mak dan dia pun dah maafkan aku tapi entah la aku ni kalau dah buat salah mesti tahu orang marah ke atau tak, sebab rasa dihati akan memberi tahu, selalu aku akan berjaga-jaga sebab tak nak benda macam ni berlaku tapi dah nak jadi nak wat cam nekan. aku hanya berdoa kepada allah agar kuatkan lagi hatiku untuk menerima dugaan darinya Dan mampu bersabar dengan kerenah mak dan abah, jangan jadikan aku anak derhaka.
Kalau ada yang tinggal dengan mak mertua atau mak sendiri fahamlah macam mana rasanya. kalau anak sendiri buat salah boleh dimarah atau di rotan tapi kalau ibu bapa kita hanya mampu kuatkan hati banyak bersabar. betullah kalau kita buat salah dengan ibu kita hidup kita tak aman dan tak akan tenteram didunia apatah lagi diakhirat kelak.