Jumaat, Oktober 31, 2008

hari ini aku buat kek coklat, jadi ikut resepi dari internet kata budak office sedap boleh jual tak tahulah mereka bodek nak ambil hati aku ke atau betul tapi menarik rupa kek ni. Aku satu kalau dah buat jarang aku makan tak tahu lah kenapa lupa nak tangkap gambar kalau tak boleh letak kat sini nanti kalau buat nak letak gambar dan resepi sekali. petang ni nak balik kampunglubuk katak, tapah anak buah naik boyan, tak tahu nak kasi apa.
berkaitan haziq alhamdulillah dia kenal huruf. kalau aku rajin asah otak dia pasti boleh tapi kadang-kadang dah penat cam ne. dua minggu lagi abi nak pergi belajar boring le kena duduk umah mak tapi tak pe azua dah nak balik dari riat tak lah boring. oklah nak sambung kerja bye.

Khamis, Oktober 30, 2008

Boring betul hari ni buat akaun tak menjadi, tak dapat puncanya kenapa tak sama benci betul. ini yang aku malas ni klau aku cari tak dapat.
Bila agaknya aku ada masa nak masukan resepi aku dalam ni. takpelah kalau ada masa nanti pasti aku masukan koleksi resepi dari mak sekarang nak sambung balik buat akaun tu. bye....

Selasa, Oktober 28, 2008

Hari jumaat lepas pegi lawat kak la di hospital manjung, syukur kak la dah boleh keluar, sepatutnya belum boleh lagi sebab tengok keadaanya tak stabil lagi, tapi disebabkan nak sangat balik mungkin doktor pun kasi le balik. Pi kejap je sebab esok ada kenduri kawan abi jadi terpaksa balik, dari sitiawan kul 7 lebih sampai kk kul 9.35.
subuhnya pula afiq muntah-muntah tak tahu punca bawa pergi klinik dr. kata kemungkinan kena gestrik tak mungkin sebab dia tak sakit perutpun cam ne boleh kena gestrik pelik kan, jadi tak jadi le gi kenduri.

Khamis, Oktober 23, 2008

Tiada siapa yang dapat menduga apa yang akan terjadi pada kita pada esok harikan. Begitulah juga dengan berita yang ku terima. Pertama yop disahkan kanser usus dan semalam kak jila pula kena gastrik dan pening kepala tu belum lagi dapat tau puncanya. Bila dapat berita macam ini rasa dekat sangat dengan allah sebab kita tahu kita sakit dan sentiasa berjaga-jaga. Dan harus sentiasa terima kadok dan kadar allah. Mungkin dengan adanya dugaan ini kita tidak lagi leka dengan kehidupan didunia sahaja.

Selasa, Oktober 21, 2008

BERITA SEDIH

Semalam abah tak sihat, mak call aku tapi tak dapat. Mak call hp abi tapi abi angkat tak ada orang cakap dan nak call balik tak tahu siapa, rupanya abah guna no. baru am kasi, pagi ni baru tahu yang abah semalam sakit angin dan pagi ni pulak dah kena tebuan pulak semasa mesin rumput, inilah yang dikatakan malang tidak berbaukan, aku harap abah tak teruk.

Isnin, Oktober 20, 2008

Kedatangan Kakak Yati dan Keluarga Ke Rumah



Hari ini kak yati ( kakak ipar) dan keluarga nak datang sebab anaknya ada peperisaan kemasukan ke idrisiah. Jadi aku pelu sediakan makan tengahari. Fikir punya fikir akhirnya aku masak masakan yang paling mudah iaitu ayam masak lemak cili api, sayur campur cendawan, sawi bunga dan ikan masin, air pulak tiga jnis cincau, oren dan teh, tepat jam 1.30 tgh mereka sampai seramai 15 orang, mak ai aku sangka 5 orang rupanya 15 terkejut badak le aku dibuatnya, takut tak cukup sebab tak tahu seramai itu. mereka makan dengan selera , setiap yang hadir semua tambah duakali rasa macam puas hati sangat apa yang ku masak tak sia-sia. Terlupa nak tangkap gambar lak,tapi walauapa pun aku rasa seronok sangat.

Jumaat, Oktober 17, 2008

PERMATA HATIKU & ABI


Ini aina safia manja ku, salah seorang penawar hati ku yang paling bongsu, baru setahun 9 bulan. kalau membebel serahlah padanya. tapi ia tetap menjadi kesayangan keluarga.


Ini pulak anak ketiga ku muhammad aniq haziq 4 tahun, yang ni yang ini paling pening sebab malas sangat belajar bila suruh belajar penatlah, mengantuk la, asik ajiq je kena belajar dan macam-macam lagi la cawabnya. sekarang tengah cari petua kalau ada untuk terangkan hati dia.

Yang ni pulak anakku yang kedua muhammad afiq farhan. umurnya 8 tahun, kalau dua beradik ni berjumpa ada saja projek mereka, tak reti duduk diam, kalau marah diam sekejab pastu buat balik,pening kepala tapi kalau kedua puteraku tiada terasa sunyi sepi istanaku.



dan yang ini anak dara ku ummi sakinah, berusia 10 tahun, boleh diharap , pandai membuat kerja rumah cuma satu je kalau dah dapat tengok cerita kartun buat tak reti je bila minta tolong. tapi kalau tiada kakak siapa nak tolong ibukan terima kasih kakak. semoga kakak menjadi anak yang soleha .

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya tahun ni rasa bermakna sebab anak-anak ku sudah membesar. Mereka dah pandai puasa . Tahniah kakak dapat puasa habis berkat orang puasa dapat duit raya banyakkan. Walaupun Afiq tinggal puasa satu hari tapi ibu tetap bangga dengan afiq.
Bila kata nak buat kuih raya anak-anak paling suka, semua kuih yang dibuattahun ni adalah kuih kesukaan mereka.Tentang kuih raya tercapai jugak hasratku nak bagi ibu mertua ku kuih raya hasil buatan sendiri.
Tahun ni raya di villa chandan hill. aku dan mak saja yang memasak rendang, nasi impit dan lain-lain hidangan. malam baru kak jila balik untuk buat ketupat palas. Ini kali pertama aku belajar buat ketupat daun palas. asalnya jadi ketupat betina lama-lama dapat juga buat ketupat jantan. sedap sangat sebab hasil air tangan sendiri.
pagi raya semasa semua keluarga sedang berkumpul teringat dekat azua di riat kesaorangan. Tapi dia kata raya di madinah & mekah sebab buat umrah lagi. harap dia gembira disana. Tapi tak kisahlah ini tahun akhir dia disana lepas ni dah balik ke malaysia . Raya tahun ni ramai tetamu datang kerumah tak seperti raya yang lepas semua lauk pauk kami adik beradik yang makan berulang kali sebab tak ramai tetamu, tahun ni penat...
Hari Raya kedua dah balik ke kampung abi di lubuk katak tapah perak. yong buat jamuan hari jadi abang cik ditepi sungai seronok. Apak ( bapa mertua ku ) masakan nasi minyak sedap ..... lepas makan semua terjun kesungai. kalau tak caya tengok le gambo ni.
Yang paling seronok aku berjaya puasa di bulan syawal 2008 ni bukan senang nak puasa pada bulan ni dugaan banyak... open haouse sana sini. Sakinah pun puasa juga dengan abi. Tapi sakinah puasa 3 hari je tak larat. Oklah setakatni dulu nanti sambung lagi bye.....