Isnin, Oktober 20, 2008

Kedatangan Kakak Yati dan Keluarga Ke Rumah



Hari ini kak yati ( kakak ipar) dan keluarga nak datang sebab anaknya ada peperisaan kemasukan ke idrisiah. Jadi aku pelu sediakan makan tengahari. Fikir punya fikir akhirnya aku masak masakan yang paling mudah iaitu ayam masak lemak cili api, sayur campur cendawan, sawi bunga dan ikan masin, air pulak tiga jnis cincau, oren dan teh, tepat jam 1.30 tgh mereka sampai seramai 15 orang, mak ai aku sangka 5 orang rupanya 15 terkejut badak le aku dibuatnya, takut tak cukup sebab tak tahu seramai itu. mereka makan dengan selera , setiap yang hadir semua tambah duakali rasa macam puas hati sangat apa yang ku masak tak sia-sia. Terlupa nak tangkap gambar lak,tapi walauapa pun aku rasa seronok sangat.

Tiada ulasan: