Jumaat, Oktober 17, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya tahun ni rasa bermakna sebab anak-anak ku sudah membesar. Mereka dah pandai puasa . Tahniah kakak dapat puasa habis berkat orang puasa dapat duit raya banyakkan. Walaupun Afiq tinggal puasa satu hari tapi ibu tetap bangga dengan afiq.
Bila kata nak buat kuih raya anak-anak paling suka, semua kuih yang dibuattahun ni adalah kuih kesukaan mereka.Tentang kuih raya tercapai jugak hasratku nak bagi ibu mertua ku kuih raya hasil buatan sendiri.
Tahun ni raya di villa chandan hill. aku dan mak saja yang memasak rendang, nasi impit dan lain-lain hidangan. malam baru kak jila balik untuk buat ketupat palas. Ini kali pertama aku belajar buat ketupat daun palas. asalnya jadi ketupat betina lama-lama dapat juga buat ketupat jantan. sedap sangat sebab hasil air tangan sendiri.
pagi raya semasa semua keluarga sedang berkumpul teringat dekat azua di riat kesaorangan. Tapi dia kata raya di madinah & mekah sebab buat umrah lagi. harap dia gembira disana. Tapi tak kisahlah ini tahun akhir dia disana lepas ni dah balik ke malaysia . Raya tahun ni ramai tetamu datang kerumah tak seperti raya yang lepas semua lauk pauk kami adik beradik yang makan berulang kali sebab tak ramai tetamu, tahun ni penat...
Hari Raya kedua dah balik ke kampung abi di lubuk katak tapah perak. yong buat jamuan hari jadi abang cik ditepi sungai seronok. Apak ( bapa mertua ku ) masakan nasi minyak sedap ..... lepas makan semua terjun kesungai. kalau tak caya tengok le gambo ni.
Yang paling seronok aku berjaya puasa di bulan syawal 2008 ni bukan senang nak puasa pada bulan ni dugaan banyak... open haouse sana sini. Sakinah pun puasa juga dengan abi. Tapi sakinah puasa 3 hari je tak larat. Oklah setakatni dulu nanti sambung lagi bye.....




Tiada ulasan: