Isnin, April 13, 2009

MISTIK 2

Lamanya tak update. ok ni nak sambung lagi cerita mistik, aina anak ku yang kecik sekali umurnya baru 2 tahun, tapi kalau bercakap macam bertih jagung. pada suatu petang, semasa mak dan zua menonton cerita indon "indah" aina masuk masa tu hari hujan lak tu, dia nak kehadapan ikut anak kak mia main kat depan tiba-tiba dia berhenti dekat almari buku azua, dia tengok belakang almari tersebut pastu terus dia kata "bah ada hantu" sambil menunjukkan disebalik almari tu, tapi yang peliknya dia tak tunjukkan muka yang taku dia gelak-gelak, aku ingatkan dia main-main, jadi aku buat bodoh je lah. pastu dia kata lagi "hantu, hantu" pastu azua tanya kat mana dia nampak. dia tunjuk kat belakang almari, tapi masih senyum. pastu azua geram sebab dia takut aina cakap cam tu dia pun panggil aku masuk, aku pun tanya aina kat mana dia nampak hantu tu, sambil aku dukung dia aku bawa ketempat yang dia tunjuk masa jauh tu dia toleh dan tunjuk lagi tapi bila aku betul-betul ada kat belakang almari tu dia dah tak toleh lagi baru muka dia berubah takut dan peluk aku dengan kuat.
Sejak hari itu adakalanya bila dia tak masuk bilik bawah, kita orang dah tahu yang benda tu ada kat dalam bilik tu. azua lah yang paling penakut. sejak aina nampak benda tu aku pun seram gak mana tak nya kalau kat umah dia tak boleh duduk sorang-sorang lagi dia takut.
kak mimah ada cerita kat aku yang abang ajis pun kena kacau masa dia baru balik dari mekah. dia ajak abang ajis bersembang dengan dia, bila abang ajis mintak dia tunjuk muka dia tak nak pulak, dan yang terkini azua pulak yang digangu dan sekarang terpaksalah aku korbankan pembantu peribadiku" ummi sakinah" untuk menemani azua tidur.
Tak tahu la macam-macam berlaku, kak mimah punya umah belum selesai dah umah abah pulak ada. mula-mula susah jugak nak percaya tapi bila anak sendiri nampak, rasa lain gak. oklah nak sambung kerja nanti sambung lagi k bye......