Rabu, Ogos 17, 2016

ABAH DALAM KENANGAN

Pada tinggal 1 June 2016 pada pukul 11.20 pagi merupakan tarikh yg tak akan Aku lupa kan. Tarikh tersebut merupakan tarikh Abah meninggalkan dunia yang fana ini. Abah kembali kerahmatullah atas sebab mengidap kanser prostat .
Semasa Abah nazak Aku tak boleh duduk dekat Abah. Aku terlalu kesian melihat keadaan Abah yg selamat m ini sihat Dan cergas. Banyak kenangan kita bersara. Terima kasih untuk segalanya Abah. Nana sentiasa doakan Abah ditempatkan dikalangan orang yg beriman Dan beramal soleh.

Muhammad faiz

Selama sebulan faiz berapa di NICU Taiping Dan akhirnya faiz dapat keluar. Syukur alhamdulillah. Faiz semak in sihat. Ini Adakah gambar  kenangan faiz.

REZEKI DARI ALLAH

Tahun 2015 banyak kenangan manis dan pahit bagi ku. Suami dapat menamatkan pengajiannya , Anak-anak selesai menduduki peperiksaan besar SPM, PT3 dan UPSR. Alhamdulillah . Dan yang paling bermakna bagi ku ditahun 2015 adalah kelahiran anak ku  yang ke - 6 MUHAMMAH FAIZ BIN MOHD AZMI.

Kenangan kelahiran Faiz akan ibu ingat sampai bila-bila. Catatan ini ibu buat untuk Muhammad Faiz baca apabila dia sudah besar kelak.

25 June 2015 ( 8.30 pagi )
Ibu diarahkan untuk pergi ke Hospital Taiping kerana kehamilan hampir 42 minggu. Tiba di hospital Doktor suruh tunggu sampai ibu rasa sakit baru masuk labour room. Ibu mintak doktor untuk dibedah ibu sanggup tanggung sebarang risiko. Doktor tak benarkan.

29 June 2015 (7.30 pagi )
Doktor panggil ibu . Masih tiada jalan buka. Doktor ambil keputusan untuk pecahkan air ketumban dan tunggu 4 jam . Sekirannya tak ada contraction baru doktor buat pembedahan. Sekali lagi ibu mintak untuk di bedah dan doktor  tetap menyatakan perkara yang sama. 

8.45 pagi
Ibu diarahkan masuk labour room. Bila masuk bilik ni semua ibu akan bedebar dan hanya doa dan zikir sahaja yang terlintas dihati memohon agar allah selamatkan anak yang dikandung sembilan bulan ini. 9.00 pagi doktor pecahkan air ketumban. Tapi tiada air yang mengalir. kebiasaannya kalau air ketumban di pecahkan ia akan mengalir macam kita buang air kecil, tetapi air ketumban ibu terlalu sedikit dan likat, mungkin Faiz dah terlebih besar. Doktor tetap tidak mahu operation dia suruh ibu bersalin secara normal. Ibu teringat pengalaman orang bersalin, bila anak terlalu lama didalam perut akan ada kesan pada baby. Ibu cuba sekali lagi mintak doktor untuk di bedah sebab air ketumban saya tak ada. Doktor tetap dengan keputusannya tunggu 4 jam.

Ibu bayangkan air ketumban tak ada , dalam tempoh 4 jam kalau tak rasa sakit baru nak bedah macam mana keadaan anak ibu. "ya allah hamba mu bermohon agar engkau lindungilah anak dalam kandungan ku ini. ". Berserah dan tawakal saja yang mampu ibu lakukan.

1.00 tgh
Ibu mula rasa sakit bermakna ada contraction tetapi tidak kuat. selang beberapa minit kesakitan itu meningkat dan tepat pukul 2.02 alhamdulillah anak ibu selamat dilahirkan. Ibu sangkakan perempuan rupanya lelaki. Ibu dibersihkan dijahit dan selesai segala urusan ke atas ibu tetapi nurse tak bagi pulak anak ibu pada ibu untuk disusukan seperti kebiasaan. sehingga pukul empat lebih masih berada di labour room. dan akhirnya seorang doktor cina datang kepada ibu dan memaklumkan yang anak ibu seperti tidak boleh bernafas dengan sendiri memerlukan bantuan mesin oksigen dan perlu dibawa ke NICU untuk memantau keadaan baby. Ibu hanya mintak untuk melihat anak ibu sekejap saja jadi lah sebelum dibawa ke NICU. Ibu hanya dapat melihat dari jauh anak ibu berada didalam balang  dan ibu pun ditolak balik ke bilik ibu . 

9.00 malam

Seorang doktor lelaki melayu datang ke bilik ibu untuk ambil sample darah . Ibu tanya untuk apa. Doktor kata anak ibu tiba-tiba muntah darah yang banyak. Doktor tak pasti darah tu dari mana dan anak ibu dah stop bernafas. Sekarang doktor pakar sedang cuba untuk selamatkan anak ibu .

10.00mlm
Ibu minta nurse bawa ibu untuk tenggok anak ibu di NICU, dan mereka bersetuju. Bila ibu sampai ibu lihat banyak doktor mengelilingi anak ibu. banyak wayer pada anak ibu . Ibu tak kuat untuk melihat anak ibu dari dekat. ibu tunggu ayah sampai dulu. 

12.00 mlm 
Ayah sampai dari kuala kangsar, ibu dan ayah dibawa berjumpa dengan doktor pakar, dan diberi penerangan mengenai keadaan anak ibu. Doktor dapat kesan masalah anak ibu adalh berpunca dari paru-paru. Disebabkan muntah darah yang banyak menyebabkan paru-paru anak ibu rosak teruk. Doktor terpaksa memberi bantuan dengan menggunakan mesin High Frequency  Oscillatory Ventilation ( HFOV ), untuk membantu anak ibu mengepam paru-paru ,pada permulaan doktor menggunakan mesin yang kecil tetapi tak sesuai dan doktor terpaksa guna yang besar seperti gambar dibawah.Hampir 8 hari anak ibu menggunakan mesin ini. Doktor terpaksa tembok dibahagian rusuk atas disebelah kiri dan kanan disebabkan oleh terdapat gelembongan angin pada paru-paru muhammad.





oleh kerana ayah minta atok beri nama, jadi ibu memanggil anak ibu dengan nama muhammad, sebab ibu pasti atok akan memberi nama muhammad di awal nama untuk anak ibu nanti. Sepanjang menggunakan mesin ini muhammad diberi ubat tidut supaya muhammad tidak berlawan dengan mesin ini.
Hampir pukul 2.00 pagi, ibu diminta balik ke  wad oleh jururawat. Berat rasa hati esok ibu akan datang lagi.