Ahad, Disember 28, 2008

SUNGAI KELAH

Banyak yang aku dengar tentang tempat pelancongan air panas salah satunya di sungkai , kalau tak silap ia dikenali sebagai air panas sungai kelah, Cuti sekolah baru-baru ni aku mengambil kesempatan bawa anak-anak ku pergi ke tempat tersebut. Cantik memang cantik tempatnya, airnya memang panas tempat yang boleh mandi hanya air biasa yang telah ditadah, tapi nak berendam dalam kolem air panas mintak ampun, nak rendam kaki pun panas gila, kalau nak rebus telur ada disediakan tempat merebus telur. yang kelakarnya ada sorang lelaki cina yang sama-sama dengan aku dan keluarga berendam kaki dikolam, ada kedia kata yang lelaki jangan rendam badan nanti ada yang masak perempuan takpe la, mula aku tak paham, kenapa mereka semua ketawa pastu baru la aku paham (tak kan tak paham kot).
Oklah aku cerita sikit berkaitan sungai kelah masuk saja dewasa rm10.00 kanak-kanak rm8.00 manakala vateren rm6.00. dia akan pakaikan gelang plastik bukti yang kita dah bayar, kalau nak bawa kereta masuk hanya hari sabtu dan ahad saja. dalamnya ada kolem mandi tapi bukan air panas la air biasa macam dekat tambun tu, ada kolem air panas siapa yang tahan berendam rendam la kalau tak rendam kaki ajela yang mampu tahan, tapi disini kita dapat lihat banyak tempat air panas yang mendidih dan berasap . cuba la pergi pasti seronok.

Khamis, Disember 18, 2008

KENA SAMAN JPJ

Hari ni nasib aku kurang baik, aku kena saman JPJ sebab lesen mati dah seminggu, aku tak perasan, pastu ingat esok nak hidupkan tapi tak sempat dah kena saman dulu. benci betul yang saman aku tu budak muda , kalau yang vateren tentu aku lepas sebab baru seminggu je mati bukannya lama sangat. yang geramnya banyak motor lain tu lepas tak tahan pun hanya tahan kereta tapi bila aku dia tahan pulak, mungkin bukan rezeki aku nak buat cam nekan, aku tanya orang jpj tu berapa kena dia kata RM100.00 je mintakle rayuan dapat le kurang sikit, aku diam je malas aku nak layan agaknya dia ingat aku budak kolej kot sebab aku bawa bag galas. pagi esok aku cuba hidupkan lesen aku mintak-mintak bolehlah hidupkan..

Selasa, Disember 16, 2008

HARI TERAKHIR DI PADANG BESAR

10.30 pagi kami bertolak ke wang kelian. Satu van naik sampai 19 orang, polis pun tak kata apa nasib baiklah abang ipar aku ni tak malu nak bawa kami ramai-ramai macam ikan sadin, sampai wang kelian aku terkejut katak, orang tua-tua kata indah kabar dari rupa, mana taknya dulu aku dengar orang cerita seronok sangat gi wang kelian, tapi bila aku gi apa pun tara. kak lijah kata baru buka balik sebelum ni tutup. tapi pada ku lebih baik pergi arkid niaga lagi best semua ada senang nak cari barang tak penat sangat. kalau kak lijah baca jangan marah yaaaaa.

3.50 petang kami bersiap sedia untuk berangkat pulang ke kuala kangsar, perjalanan ini yang membuat ku serik nak naik keretapi. keadaan didalam keretapi sesak penuh dengan orang patani yang hendak pulang ke kuala lumpur . yang menakutkan penumpang lelaki yang paling ramai dengan muka yang kurang dipercayai. dalam keadaan yang penuh sesak ada seorang lelaki yang gemuk duduk di tempat letak tangan ija (anak saudara berusia 12 tahun, agak manis budaknya), mula duduk sikit, pastu ija mengelak sikit sebab badannya terkena badan orang laki tu, jadi laki ni ambil kesempatan dengan meletakkan sebelah pehanya disebelah ija. aku hanya perhati dari sebelah untuk pastikan tiada berlaku pencabulan ke atas anak buah ku, dalam hati hanya tuhan yang tahu, aku hanya berdoa agar allah lindugi aku, anak-anak ku dan anak buah ku dari segala perkara buruk dan orang jahat. aku tak tahu apa nak buat kalau sekiranya benar-benar berlaku perkara yang buruk ke atas ija sebab mereka terlalu ramai, lelaki gemuk tu beri ija air yang di minum, ija hanya tunduk dan aku semakin takun dan aku terus sms azua minta tukar tempat dengan asyman segera. alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga sampai di kuala kangsar.

satu lagi iktibar yang ingin aku kongsikan disini, ada satu keluarga manaiki keretapi, mereka naik dari sungai petani hendak ke kuala lumpur. kalau kita naik bas atau keretapi hendaklah lihat betul-betul tiket kita supaya tidak silap, jangan cepat marah cakaplah dengan elok sekiranya tempat kita ada orang yang duduk, itu semua menunjukkan budi bahasa kita. dalam keluarga yang tadi tu ada sorang yang pegang tiket yang mengaturkan tempat duduk untuk keluarganya, dengan muka yang sombong dia mengarahkan ahli keluarganya duduk ditempat ku, aku jadi terkejut kenapa pula boleh jadi cam ni sedangkan aku pun ada tiket, jadi aku buat bodoh je, adik dia kata "kakak ada orang" aku jawab" saya pun ada tiket juga dik" pastu kakak dia kata duduklah itu tempat kita, aku buat bodoh lagi, dia macam geram tengok muka aku, aku nampak asyman dah bangun nak kasi orang tu duduk. aku pun kata pada asyman"jangan bangun itu tempat kita duduk" muka asyman takut diadah bangun keluar dari tempat duduk tu. Aku kata lagi "asyman duduk itu tempat kamu ini tiketnya, kita punya tempat no 17c jangan takut" asyman pun duduk balik. bila dia dengar aku sebut 17c baru dia perasan yang dia salah tempat, sebenarnya dia punya tempat 16 bukan 17 pastu barulah muka macam tak berapa siap muka orang bersalah, nasiblah pastu dia minta maaf. aku takut salah tempat duduk, tiga empat kali aku semak tiket siap tanya orang betul ke tak tempat aku, ini tak belum semak betul ke tak dah nak marah orang. ingant semak dahulu dan bercakaplah dengan sopan santun terlebih dahulu sekiranya dia berdegil panggillah penjaga tiket supaya tidak berlaku pergaduhan, orang sekarang ni asik nak gaduh je pastu salah sikit pun nak berbunuh, kalau kita boleh sabar-sabarlah itu lebih baik sekiranya orang yang menjadi lawan kita tu lain macam rupanya( paham sendiri sudah la ).

Jumaat, Disember 12, 2008

HARI KEDUA DI PADANG BESAR

Hari ni perancangan nak pi wang kelian, pergi berkelah dan arkid niaga, rezeki tak menyebelahi kami, hari hujan lebat dari pagi sampai petang untuk pendekkan cerita tak jalan kemana pun hanya duduk kat umah aja. oleh kerana tak jadi jalan kami pun masak makan tengahari awal, aku bagi tau kak lijah azua nak makan daging bakar cicah air asam. kak lijah pun terus panggil anak lelakinya yang sulung ( sidik berumur 14 tahun) untuk menghidupkan api nak bakar daging. tampa banyak soal, sidik terus pergi siapkan tempat untuk membakar daging, aku ingatkan dia akan sediakan api je pastu pergi, rupanya tak lepas siapkan api dia ambil pembakar dan terus bakar daging yang telah aku perapkan sehingga siap masak, baru dia pergi menonton tv.
Untuk membuat cicah air asam pula kak lijah panggil pula anak lelakinya yang ke tiga ( lokman umur 12 tahun) dia kata" man buat air asam nak cicah daging bakar" aku dan azua terkejut, biar betul budak lelaki ni yang kakak aku suruh buat air asam, aku dan azua pun perhatikan macam mana lokman buat air asam, memang cekap, cepat je dia sediakan, tak perlu tanya mak dia banyak mana cili, banyak mana belacan macam mana nak buat, tengok-tengok dah siap. aku rasa seronok sebab satu keluarga berkerja sama dan tahu membuat kerja tak kira lelaki atau perempuan. taniah kak lijah dan abang nain.

BERCUTI KE PADANG BESAR PERLIS

12.40 malam kami bertolak ke stesen keretapi aiman dan daud yang hantar. sepatutnya kami bertolak pada pukul 1.09 pagi tapi lewat pukul 2 lebih baru keretapi sampai. masa pergi kami sembilan orang, azua & haziq, Afiq & ummi, Aku & aina anak ku yang kecil, Fika & asman, dan ija duduk sorang. rupanya naik keretapi ni banyak perhentian dari kuala kangsar nak ke perlis lebih kurang 10 perhentian. yang paling seronok masa melintasi laut di pulau pinang, nampak cantik jambatan pulau pinang. air laut nampak dekat aje best gila, tapi masa tu anak-anak ku semua tidur lena, nak gerakkan mereka nanti tak boleh tidur balik jadi aku biarkan.

10.10 pagi kami pun sampai di padang besar, lebih kurang 15 minit kak lijah sampai dan kami terus dibawa pulang kerana penat dan mengantuk .baru aku tau macam mana rasanya naik keretapi. sampai umah kak lijah aku tak tahan terus tidur sampai tengahari dan sambung petang lagi.

8.30 malam kami nak raikan hari jadi kak lijah, kebetulan hari ni hari jadi dia, so azua cadangkan makan dekat kedai jual soto yang paling sedap di kangar berhampiran hospital besar kangar. walaupun sambutan harijadi digerai, yang penting makanannya sedap dan puas hati.

ATUN DATANG

Hari ini atun datang, makin comel dah pakai cermin mata, perut atun pun dah nampak. tapi lupa lak nak tangkap gambar atun tengah hamil. Tak tahu bila jumpa atun lagi. Aku ajak pak tam bawak atun pergi makan kat talang, aku makan laksa dan atun bihun sup. laksanya tak sedap langsung cair, tapi habis gak sebab lapar. atun tak lama sebab aku ada kerja nak buat jadi atun balik awal dengan pak tam so tak sembang sangat. kalau ada rezeki mungkin jumpa lagu ok bye.

Oh ya malam ni nak berangkat ke perlis naik keretapi, kata orang perak jakun tak pernah naik keretapi asik naik kereta je selama ni. anak-anak ku terlalu teruja nak naik keretapi hari-hari tanya sampai naik rimas dibuatnya. malatup.....

Khamis, Disember 11, 2008

ANAK-ANAK AM - anak ke 10

Ini anak sulungnya, namanya tak ingat tapi nama panggilan ajim, budaknya bijak mendengar kata ayahnya, dan yang penting baru berusia 5 tahun tapi sentiasa ingat sembahyang.


Yang ni namanya mubim, aku paling suka usik budak ni sebab comel, rtengok matanya bulat, dia selalu kata "jangan salahkan mubin" kata-kata hikmat ni akan dia cakap kalau orang suruh dia buat kerja yang dia taknak tapi dia kena buat jugak. cita-citanya hendak menjadi pereka, sebab ibu dia tukang jahit jadi hari-hari dia lihat ummi dia menjahit baju dia kata "ummi nanti mubin dah besar mubin nak cipta mesin jahit yang canggih ummi tak payah gunting baju dan tak payah menjahit, mesin itu yang buat semuanya. sebelum ni nak jadi sainstis , dia selalu tanya ayah dia siapa yang cipta bulan, bumi, pokok dan macam-macam lagi ada saja yang dia fikirkan .

Dan ini yang kecil sekali rasanya namanya Mardiah, budaknya putih melepak, comelkan matanya bulat. umurnya baru setahun. tak banyak kerena lagi.

Selasa, Disember 09, 2008

BUNGA NAGA


Bagi yang belum pernah melihat bunga dragen ( buah naga ) inilah rupanya. Ia hanya akan kembang sekali sahaja iaitu di waktu pagi bermula pukul 6 sehingga dan akan layu apabila terbit matahari dan tak akan kembang lagi.
apabila ia layu ia akan mengeluarkan buah naga. nanti kalau ada gambar buah naga tersebut boleh lah ditunjuk dalam ni. Warna buahnya cantik sangat, warna unggu. sebenarnya buah naga ada 3 warnaputih, merah & unggu. yang sedap warna unggu. kalau makan bersama ice-crem vanilla sedap sangat. cubalah....

BERKECIL HATI

Kisah ini bermula apabila niat seorang bapa yang hendak membuat korban, jadi sibapa meminta anak-anaknya membayar seorang RM200 kata berlapik kalau mampu bayarlah. Bila kata kalau "mampu bayar" ramai yang taknak bayar, jadi sibapa berkata lagi " kalau sapa yang tak bayar tak dapat daging" jadi ada yang terasa dan berkecil hati sehingga merajuk. aku cuma nak kasi tau aje pada abang dan akak semua, kalau kita berkecil hati dengan ibu bapa kita sendiri tak guna pun sebab kita juga yang dapat dosa. Cuma kalau nak tenangkan hati fikir apa yang telah ibu bapa kita buat pada kita yang gembira dan susah payah mereka selama ini, kalau ikut hati mati, kalau ikut rasa binasa. aku cakap cam tu sebab aku pun kadang-kadang tak terkawal jugak tapi akhirnya menyesal, aku terus meminta maaf sebab aku setiap hari berjumpa mereka, tapi bagi kakak dan abang yang duduk jauh macam mana, telefon mak dan abah jarang ada rumah dan akhirnya menyesal seumur hidup kalaun tak sempat minta maaf. senbagai contoh abi lagi banyak terasa hati apatah lagi dia hanya menantu saja, tapi abi masih boleh datang kerumah mak & abah setiap hari. Mungkin abi ingat jasa mak & abah jaga anaknya. abang & kakak kalau terasa hati, berdiam diri lebih baik dari berkata-kata, macam abi , kak mimah & mia , apa terjadi pun dia camtu je, kalau di bedah hatinya tak tau jadi macam mana. walaupun macam-macam dugaan Dia masih boleh ketawa di bibir tapi dalam hati siapa tahu. satu je apa pun terjadi kita tetap anak ingat tu. Masakan allah nak beri ganjaran yang besar kepada mereka yang taat kepada kedua ibu bapa mereka. fikirkanlah...... malatup tak.

ANAK KAK MIA - ANAK KE LAPAN


Ini anak sulung kak mia namanya muhammad muizzuddin. umurnya 9 tahun dia sangat sayangkan ibu dia dia sanggup lakukan apa saja untuk ibunya. kalau orang yang ibu dia tak suka dia juga akan benci pada orang itu. Kalau dapat tengok cerita katun tak main pun tak apa.



Ini pula aanak dara kak mia, namanya khalida Anis, umurnya 6 tahun, budaknya comel pandai bergaya, kalau pasal melaram serah kat dia.



Ini anak kesayangan kak mia, namanya Mohammad Haikal , umurnya 3 tahun budaknya lembut je, dia suka makan nasi dan kicap je, ini memang manja dengan mak dia, yang paling aku suka dia lembut je kalau main dengan adiknya, lembut je tapi bukan la pon...... cuma lembut tak ganas.



Yang ni Nurul Iman, umurnya 1 tahun+ budak yang suka menangis, dari lahir smpai sekarang sehingga suara dia dah garau, kalau dia cakap terkejut budak lembut tapi kalau cakap kuat. bukan nak dengan orang lain asik dengan mak je. comelkan..

Inilah anak kak mia setakat ni kalau ada tambahan aku masukkan lagi.

kERJA DIHARI RAYA













Hari ni aku dah kerja. tapi tak pe, jah-jah pun kerja jugak, takla boring sangat, cuti pun dah tinggal 4 je jadi terpaksa lah simpan cuti, minggu depan dah nak bawak anak pergi perlis umah kak lijah. kesian mereka cuti tak kemana. Berbalik kepada kisah dipejat ,biasalah muka yang jadi jaga pejat aku dan jah-jahlah yang jaga, kalau jah tak ada aku terkontang kanting le jaga sorang.
kebiasaan aku dan jah-jah( nama samaran bagi waris di pejabat) akan makan meggi je sebab nak keluar beli makan susah dan nak jimat kos. tapi hari ni kita orang dapat makan besar, rendang tok & daging masak hitam bersama ketupat dan nasi impit memang malatup, pastu pak tam belanja kita orang mee kicap pulak kenyang, alhamdulillah hari ni rezeki kami murah. esok belum tahu lagi. kita tunggu ya.

SELAMAT HARI RAYA HAJI

Selamat hari raya haji semua, meriah raya haji kali ni, abah korbankan seekor lembu, kami adik beradik kongsi bersama, segala urusan korban pada tahun ini kami adik beradik yang uruskan. Aku menjadi jurugambar disebabkan suamiku tolong memegang lembu. aku terpaksa melihat bagaimana proses penyembelihan lembu yang dijadikan korban. rasa sungguh menyayat hati lembu yang hendak disembelih tu macam tahu je yang dia nak dijadikan korban, masa orang turunkan dia dari lori dia ikut je tak melawan, pastu masa orang tumbangkan dia pun tak meronta seperti lembu-lembu yang lain yang pernah aku lihat, baik sangat kalau manusia orang akan kata orang beriman, masa upacara penyembelihan nak bermula dia tenang je, dan apa bila parang mula dilabuhkan ke lehirnya dia tak meronta pun, sehinggalah urat lehirnya putus barulah dia berbunyi sekali kuat dan mengelupur, itupun tak le teruk sangat. aku melihat bagai mana saat-saat nyawa terakhirnya keluar, memang sukar aku mula terfikir macam mana binatang mati mungkin begitu jugalah dengan kita manusia, lama juga lembu tersebut bertarung nyawanya lebih kurang hampir lima minit kot. apa bila nyawa sudah tiada lidah lembu tersebut terjelir keluar dan berakhirlah riwat lembu korban.
Kini bermulalah upacara melapah, memotong dan pengagihan lembu kepada jiran tetangga, fakir miskin dan kaun keluarga. abah suruh buat sup tulang aku, kak yus dan kak era ditugaskan membersihkan tulang untuk dijadikan sup, banyak gila sampai sakit seluruh badan aku disebabkan duduk terlalu lama. Lepas cuci tulang kena cuci daging pulak bertambah-tambah le sakit badan aku ni, kaki pulah bengkak bisul di ibu jari punyalah sakit. selesai kerja mencucu aku terus mandi dan apa lagi makan sup tulanglah sedap.... tak terkata.
Tahun ni raya haji ayah cik dan keluarga pun ada sama mereka pun tolong melapah dan menimbang lembu untuk diagihkan. adik beradik yang tak balik raya kali ni ialah ama dan abang atan je yang tak balik. disebelah petang kak jila dan yob pun nak balik sebab esok dah kerja dan abi pun nak balik juga esok tapi sekejab je hanya dua minggu je lagi. dan berakhirlah raya haji pada tahun ini.

Isnin, Disember 08, 2008

anak-anak abang cuah



Ini anak sulung abang cuah, umurnya 6 tahun, namanya wsebenar tak ingat tapi pangilan mimi budaknya bijak bercakap, kalau bersembang macam orang tua.

yang ni Mohammad hazim tak pasti nama sebenarnya, umurnya 4 tahun, badannya besar lebih tinggi dari haziq, walaupun haziq 5 tahun. dia ikut ayahnya muka pun macam ayah. yang manariknya ayahnya kerja dengan sultan azlan dan dia dilahirkan sama tarih dengan tarikh lahir sultan azlan shah.


Yang ini nama nya debab, acah je namanya balqis umurnya umurnya 2 tahun, kalau tengok badannya debab sangat, rasanya sama berat dengan sekampit beras yang besar kot, memang besar, kalau dia main kesian sebab cepat penat, mana taknya lari nak bawa badan yang berat mestilah cepat penat, tapi aku paling suka tengok budak gemuk geram..... rasa macam nak gigit pipinya.

Dan akhir sekali ni aku tak ingat namanya, usianya baru nak masuk setahun, sebijik muka abangnyakan, tapi suka menangis.

TAT NENAS















BAHAN BAHAN

250g butter / majerin
100g gula caster
4 biji kuning telur
300g tepung gandum
180g tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
jem nenas secukupnya

cara-cara:

Pukul butter dan gula sehingga sebati tidak perlu sehingga kembang.
Masukkan Telur Dan esen vanila
Ayakkan tepung gandum dan jagung dan gaulkan kedalam butter sehingga menjadi doh.
Sekiranya untuk membuat tat gulung adunan pastri hendaklah lembut sedikit supaya senang untuk menekan. jika adunan keras tambahkan butter lagi.

MENJELANG HARI RAYA HAJI

pejam celik dah sampai raya haji, esok raya.... hari ni aku paling sebok sebab mak asik suruh aku pergi beli barang, nasiblah abi ada aku pergi dengan abilah, setelah masak makan tengahari baru mula masak lauk pauk untuk raya, seperti rendang, kuah kacang, rendang tokdan nasi impit, lodeh mak buat pagi esok.
Seperti biasalah aku ditugaskan buat kek, tapi raya kali ni special sikit sebab keknya bukan kek coklat tapi kek keju dan floot mangga, aku cuba buat tat gulung dengan kak jila. memang sedap. kalau siapa yang nak cuba bolehlah cuba resepinya. pada sebelah malam pulak aku, kak jila , siti dan mia buat ketupat palas, sekarang ni aku dah pandai buat ketupat palas jantan, so kalau raya nak buat ketupat palas no problem. tapi kenapa kak jila nampak muram ? dia ada masalah ke, kak mia biasa la ada masalah pun dia jarang tunjuk asik gelak je, orang tengok lawak bodoh dia pun gelak. nan ti aku masukkan kisah kak mia dan anak-anak dia yang comel tau. ok sekarang nak masuk tido dah esok nak bangun pagi bye.....

Khamis, Disember 04, 2008

CUTI RAYA HAJI

Hari esok abi balik dapat cuti 4 hari syukur dapat lah tolong abah korban lembu raya ni, siapalah yang balik nak tolong abah, niat abah tu baik nak bagi merasa anak-anak & cucu-cucunya macam mana susahnya nak menumbangkan seekor lembu, sembelih lembu dan mengaggihkan kepada jiran tetangga, semuanya buat sendiri. sebelum ni hanya terima daging saja tak tahu macam mana susahnya menyembelih lembu dan melapah daging lembu.tentu seronokkan. dulu pernah la tengok tapi masa tu abah dan kawan abah yang buat kerja kami tengok je, tapi sekarang abah nak kasi merasa sekali seumur hidup, yang pasti aku tak akan tengok orang sembelih sebab kata orang kalau kita kata kesian kita tak boleh makan dagingnya, sebab tu la aku tak nak tengok. nanti kalau ada gambar aku akan masukan kedalam blog ni.
Aku hanya cuti satu hari saja bukan apa nak simpan bawa anak pergi bercuti. insyaallah nak bawa pergi naik keretapi, sebab mereka tak pernah naik keretapi lagi so adalah peristiwa cuti sekolah yang indah untuk dikongsikan bersama kawan selepas tamat cuti nanti. aku berharap perancangan cuti ini berjalan lancar diatas keizinan allah swt.

Isnin, Disember 01, 2008

ingin melihat kota mekah

Aku dah pun berusia 32 tahun, dan tahun depan dah 33 tahun. azua 27 dah buat haji bestnyakan abi dah buat umrah, itulah rezeki yang allah bagi siapa tahukan, kalau nak ikut kemampuan kami memang tak mampu lagi tapi allah menentukan segalanya. kalau direnungkan atai difikirkan memang allah tak bagi serta merta rezeki yang kita minta, tapi allah bagi pada masa yang kita tak sedar akan permintaan kita itu. Aku berharap dapat menunaikan umrah pada usia yang muda supaya aku dapat melakukan amal ibadat disana dengan banyak dan bertaubat. Apabila aku baca blog prof kamil banyak yang membuka pintu hatiku untuk melakukan apa yang selama ini aku tangguhkan, sebelum ini aku rasakan tiada kekuatan untuk aku melakukan, tapi sekarang ianya semakin kuat dan aku berharap semoga allah membuka pintu hati ku untuk berubah dan memberikan cahaya hidayah kepada ku.