Isnin, Disember 08, 2008

MENJELANG HARI RAYA HAJI

pejam celik dah sampai raya haji, esok raya.... hari ni aku paling sebok sebab mak asik suruh aku pergi beli barang, nasiblah abi ada aku pergi dengan abilah, setelah masak makan tengahari baru mula masak lauk pauk untuk raya, seperti rendang, kuah kacang, rendang tokdan nasi impit, lodeh mak buat pagi esok.
Seperti biasalah aku ditugaskan buat kek, tapi raya kali ni special sikit sebab keknya bukan kek coklat tapi kek keju dan floot mangga, aku cuba buat tat gulung dengan kak jila. memang sedap. kalau siapa yang nak cuba bolehlah cuba resepinya. pada sebelah malam pulak aku, kak jila , siti dan mia buat ketupat palas, sekarang ni aku dah pandai buat ketupat palas jantan, so kalau raya nak buat ketupat palas no problem. tapi kenapa kak jila nampak muram ? dia ada masalah ke, kak mia biasa la ada masalah pun dia jarang tunjuk asik gelak je, orang tengok lawak bodoh dia pun gelak. nan ti aku masukkan kisah kak mia dan anak-anak dia yang comel tau. ok sekarang nak masuk tido dah esok nak bangun pagi bye.....

Tiada ulasan: