Jumaat, Disember 12, 2008

HARI KEDUA DI PADANG BESAR

Hari ni perancangan nak pi wang kelian, pergi berkelah dan arkid niaga, rezeki tak menyebelahi kami, hari hujan lebat dari pagi sampai petang untuk pendekkan cerita tak jalan kemana pun hanya duduk kat umah aja. oleh kerana tak jadi jalan kami pun masak makan tengahari awal, aku bagi tau kak lijah azua nak makan daging bakar cicah air asam. kak lijah pun terus panggil anak lelakinya yang sulung ( sidik berumur 14 tahun) untuk menghidupkan api nak bakar daging. tampa banyak soal, sidik terus pergi siapkan tempat untuk membakar daging, aku ingatkan dia akan sediakan api je pastu pergi, rupanya tak lepas siapkan api dia ambil pembakar dan terus bakar daging yang telah aku perapkan sehingga siap masak, baru dia pergi menonton tv.
Untuk membuat cicah air asam pula kak lijah panggil pula anak lelakinya yang ke tiga ( lokman umur 12 tahun) dia kata" man buat air asam nak cicah daging bakar" aku dan azua terkejut, biar betul budak lelaki ni yang kakak aku suruh buat air asam, aku dan azua pun perhatikan macam mana lokman buat air asam, memang cekap, cepat je dia sediakan, tak perlu tanya mak dia banyak mana cili, banyak mana belacan macam mana nak buat, tengok-tengok dah siap. aku rasa seronok sebab satu keluarga berkerja sama dan tahu membuat kerja tak kira lelaki atau perempuan. taniah kak lijah dan abang nain.

Tiada ulasan: