Jumaat, Disember 12, 2008

BERCUTI KE PADANG BESAR PERLIS

12.40 malam kami bertolak ke stesen keretapi aiman dan daud yang hantar. sepatutnya kami bertolak pada pukul 1.09 pagi tapi lewat pukul 2 lebih baru keretapi sampai. masa pergi kami sembilan orang, azua & haziq, Afiq & ummi, Aku & aina anak ku yang kecil, Fika & asman, dan ija duduk sorang. rupanya naik keretapi ni banyak perhentian dari kuala kangsar nak ke perlis lebih kurang 10 perhentian. yang paling seronok masa melintasi laut di pulau pinang, nampak cantik jambatan pulau pinang. air laut nampak dekat aje best gila, tapi masa tu anak-anak ku semua tidur lena, nak gerakkan mereka nanti tak boleh tidur balik jadi aku biarkan.

10.10 pagi kami pun sampai di padang besar, lebih kurang 15 minit kak lijah sampai dan kami terus dibawa pulang kerana penat dan mengantuk .baru aku tau macam mana rasanya naik keretapi. sampai umah kak lijah aku tak tahan terus tidur sampai tengahari dan sambung petang lagi.

8.30 malam kami nak raikan hari jadi kak lijah, kebetulan hari ni hari jadi dia, so azua cadangkan makan dekat kedai jual soto yang paling sedap di kangar berhampiran hospital besar kangar. walaupun sambutan harijadi digerai, yang penting makanannya sedap dan puas hati.

Tiada ulasan: