Selasa, Disember 16, 2008

HARI TERAKHIR DI PADANG BESAR

10.30 pagi kami bertolak ke wang kelian. Satu van naik sampai 19 orang, polis pun tak kata apa nasib baiklah abang ipar aku ni tak malu nak bawa kami ramai-ramai macam ikan sadin, sampai wang kelian aku terkejut katak, orang tua-tua kata indah kabar dari rupa, mana taknya dulu aku dengar orang cerita seronok sangat gi wang kelian, tapi bila aku gi apa pun tara. kak lijah kata baru buka balik sebelum ni tutup. tapi pada ku lebih baik pergi arkid niaga lagi best semua ada senang nak cari barang tak penat sangat. kalau kak lijah baca jangan marah yaaaaa.

3.50 petang kami bersiap sedia untuk berangkat pulang ke kuala kangsar, perjalanan ini yang membuat ku serik nak naik keretapi. keadaan didalam keretapi sesak penuh dengan orang patani yang hendak pulang ke kuala lumpur . yang menakutkan penumpang lelaki yang paling ramai dengan muka yang kurang dipercayai. dalam keadaan yang penuh sesak ada seorang lelaki yang gemuk duduk di tempat letak tangan ija (anak saudara berusia 12 tahun, agak manis budaknya), mula duduk sikit, pastu ija mengelak sikit sebab badannya terkena badan orang laki tu, jadi laki ni ambil kesempatan dengan meletakkan sebelah pehanya disebelah ija. aku hanya perhati dari sebelah untuk pastikan tiada berlaku pencabulan ke atas anak buah ku, dalam hati hanya tuhan yang tahu, aku hanya berdoa agar allah lindugi aku, anak-anak ku dan anak buah ku dari segala perkara buruk dan orang jahat. aku tak tahu apa nak buat kalau sekiranya benar-benar berlaku perkara yang buruk ke atas ija sebab mereka terlalu ramai, lelaki gemuk tu beri ija air yang di minum, ija hanya tunduk dan aku semakin takun dan aku terus sms azua minta tukar tempat dengan asyman segera. alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga sampai di kuala kangsar.

satu lagi iktibar yang ingin aku kongsikan disini, ada satu keluarga manaiki keretapi, mereka naik dari sungai petani hendak ke kuala lumpur. kalau kita naik bas atau keretapi hendaklah lihat betul-betul tiket kita supaya tidak silap, jangan cepat marah cakaplah dengan elok sekiranya tempat kita ada orang yang duduk, itu semua menunjukkan budi bahasa kita. dalam keluarga yang tadi tu ada sorang yang pegang tiket yang mengaturkan tempat duduk untuk keluarganya, dengan muka yang sombong dia mengarahkan ahli keluarganya duduk ditempat ku, aku jadi terkejut kenapa pula boleh jadi cam ni sedangkan aku pun ada tiket, jadi aku buat bodoh je, adik dia kata "kakak ada orang" aku jawab" saya pun ada tiket juga dik" pastu kakak dia kata duduklah itu tempat kita, aku buat bodoh lagi, dia macam geram tengok muka aku, aku nampak asyman dah bangun nak kasi orang tu duduk. aku pun kata pada asyman"jangan bangun itu tempat kita duduk" muka asyman takut diadah bangun keluar dari tempat duduk tu. Aku kata lagi "asyman duduk itu tempat kamu ini tiketnya, kita punya tempat no 17c jangan takut" asyman pun duduk balik. bila dia dengar aku sebut 17c baru dia perasan yang dia salah tempat, sebenarnya dia punya tempat 16 bukan 17 pastu barulah muka macam tak berapa siap muka orang bersalah, nasiblah pastu dia minta maaf. aku takut salah tempat duduk, tiga empat kali aku semak tiket siap tanya orang betul ke tak tempat aku, ini tak belum semak betul ke tak dah nak marah orang. ingant semak dahulu dan bercakaplah dengan sopan santun terlebih dahulu sekiranya dia berdegil panggillah penjaga tiket supaya tidak berlaku pergaduhan, orang sekarang ni asik nak gaduh je pastu salah sikit pun nak berbunuh, kalau kita boleh sabar-sabarlah itu lebih baik sekiranya orang yang menjadi lawan kita tu lain macam rupanya( paham sendiri sudah la ).

Tiada ulasan: