Khamis, Disember 04, 2008

CUTI RAYA HAJI

Hari esok abi balik dapat cuti 4 hari syukur dapat lah tolong abah korban lembu raya ni, siapalah yang balik nak tolong abah, niat abah tu baik nak bagi merasa anak-anak & cucu-cucunya macam mana susahnya nak menumbangkan seekor lembu, sembelih lembu dan mengaggihkan kepada jiran tetangga, semuanya buat sendiri. sebelum ni hanya terima daging saja tak tahu macam mana susahnya menyembelih lembu dan melapah daging lembu.tentu seronokkan. dulu pernah la tengok tapi masa tu abah dan kawan abah yang buat kerja kami tengok je, tapi sekarang abah nak kasi merasa sekali seumur hidup, yang pasti aku tak akan tengok orang sembelih sebab kata orang kalau kita kata kesian kita tak boleh makan dagingnya, sebab tu la aku tak nak tengok. nanti kalau ada gambar aku akan masukan kedalam blog ni.
Aku hanya cuti satu hari saja bukan apa nak simpan bawa anak pergi bercuti. insyaallah nak bawa pergi naik keretapi, sebab mereka tak pernah naik keretapi lagi so adalah peristiwa cuti sekolah yang indah untuk dikongsikan bersama kawan selepas tamat cuti nanti. aku berharap perancangan cuti ini berjalan lancar diatas keizinan allah swt.

Tiada ulasan: