Selasa, Disember 09, 2008

SELAMAT HARI RAYA HAJI

Selamat hari raya haji semua, meriah raya haji kali ni, abah korbankan seekor lembu, kami adik beradik kongsi bersama, segala urusan korban pada tahun ini kami adik beradik yang uruskan. Aku menjadi jurugambar disebabkan suamiku tolong memegang lembu. aku terpaksa melihat bagaimana proses penyembelihan lembu yang dijadikan korban. rasa sungguh menyayat hati lembu yang hendak disembelih tu macam tahu je yang dia nak dijadikan korban, masa orang turunkan dia dari lori dia ikut je tak melawan, pastu masa orang tumbangkan dia pun tak meronta seperti lembu-lembu yang lain yang pernah aku lihat, baik sangat kalau manusia orang akan kata orang beriman, masa upacara penyembelihan nak bermula dia tenang je, dan apa bila parang mula dilabuhkan ke lehirnya dia tak meronta pun, sehinggalah urat lehirnya putus barulah dia berbunyi sekali kuat dan mengelupur, itupun tak le teruk sangat. aku melihat bagai mana saat-saat nyawa terakhirnya keluar, memang sukar aku mula terfikir macam mana binatang mati mungkin begitu jugalah dengan kita manusia, lama juga lembu tersebut bertarung nyawanya lebih kurang hampir lima minit kot. apa bila nyawa sudah tiada lidah lembu tersebut terjelir keluar dan berakhirlah riwat lembu korban.
Kini bermulalah upacara melapah, memotong dan pengagihan lembu kepada jiran tetangga, fakir miskin dan kaun keluarga. abah suruh buat sup tulang aku, kak yus dan kak era ditugaskan membersihkan tulang untuk dijadikan sup, banyak gila sampai sakit seluruh badan aku disebabkan duduk terlalu lama. Lepas cuci tulang kena cuci daging pulak bertambah-tambah le sakit badan aku ni, kaki pulah bengkak bisul di ibu jari punyalah sakit. selesai kerja mencucu aku terus mandi dan apa lagi makan sup tulanglah sedap.... tak terkata.
Tahun ni raya haji ayah cik dan keluarga pun ada sama mereka pun tolong melapah dan menimbang lembu untuk diagihkan. adik beradik yang tak balik raya kali ni ialah ama dan abang atan je yang tak balik. disebelah petang kak jila dan yob pun nak balik sebab esok dah kerja dan abi pun nak balik juga esok tapi sekejab je hanya dua minggu je lagi. dan berakhirlah raya haji pada tahun ini.

Tiada ulasan: