Ahad, Disember 28, 2008

SUNGAI KELAH

Banyak yang aku dengar tentang tempat pelancongan air panas salah satunya di sungkai , kalau tak silap ia dikenali sebagai air panas sungai kelah, Cuti sekolah baru-baru ni aku mengambil kesempatan bawa anak-anak ku pergi ke tempat tersebut. Cantik memang cantik tempatnya, airnya memang panas tempat yang boleh mandi hanya air biasa yang telah ditadah, tapi nak berendam dalam kolem air panas mintak ampun, nak rendam kaki pun panas gila, kalau nak rebus telur ada disediakan tempat merebus telur. yang kelakarnya ada sorang lelaki cina yang sama-sama dengan aku dan keluarga berendam kaki dikolam, ada kedia kata yang lelaki jangan rendam badan nanti ada yang masak perempuan takpe la, mula aku tak paham, kenapa mereka semua ketawa pastu baru la aku paham (tak kan tak paham kot).
Oklah aku cerita sikit berkaitan sungai kelah masuk saja dewasa rm10.00 kanak-kanak rm8.00 manakala vateren rm6.00. dia akan pakaikan gelang plastik bukti yang kita dah bayar, kalau nak bawa kereta masuk hanya hari sabtu dan ahad saja. dalamnya ada kolem mandi tapi bukan air panas la air biasa macam dekat tambun tu, ada kolem air panas siapa yang tahan berendam rendam la kalau tak rendam kaki ajela yang mampu tahan, tapi disini kita dapat lihat banyak tempat air panas yang mendidih dan berasap . cuba la pergi pasti seronok.

Tiada ulasan: