Isnin, Jun 21, 2010

KERETA BARU

Akhirnya pada 15 JUN 2010 dapat jugak aku kerata baru. yaaaaa hooooo teman pakai keta baru yop oiiii. fuhhh masa balik kampung pulak tu dapatnya, rezeki mak tapah naik dulu kereta buru. rasa tak percaya pun ada . saat ini aku teringat masa mula kahwin pakai motor honda 70. pastu tukar motor kriss, masa tu motor kriss baru keluar , lepas motor kriss abang dapat lesen kereta kami dapat kereta ford lama warna merah lagi , selepas tu ada duit lebih sikit kami tukar proton arobek kelabu dan akhirnya kami pakai kereta baru alza .

Sebelum ni ada aina bagi tau ayah beli kereta tapi orang tak percaya sebab dia selalu kata cam tu. bila dapat kereta semua terkejut . masa balik tapah masing2 tak tidur sebab seronok sangat. selalu kalau balik semua tidur kecuali pemandu, la lah kalau pemandu tidur memang tidur terus la jawabnya kami semua.

ini merupakan hadiah untuk semua anak-anak ibu. semoga allah akan murahkan lagi rezeki kita dimasa akan datang amin...