Jumaat, April 30, 2010


" Mak terima kasih di atas kasih yang telah kau curahkan, ampunkan segala kesalahan yang telah aku & suami serta anak-anak ku lakukan dan sekiranya ada yang kami lakukan menyebabkan mak berkecil hati, terima kasih di atas segalanya. Halalkan susu mu wahai ibuku. "

Khamis, April 29, 2010

MEI DATANG LAGI

Bulan mei datang lagi, ini manandakan bertambahnya umur aku setakuk lagi. Dan bulan ini semua akan meraikan hari ibu. apa aku nak buat ngan mia tahun ni untuk meraikan hari istimewa ni. Bila teringat hari ibu aku terfikir, semua adik beradik aku berkecil hati dengan abah dan mak. Apa mereka tak fikir kecil hati orang yang telah melahirkan dan membesarkan mereka. Yang paling sedih bila emak akan menitiskan air mata bila mengenangkan anak-anaknya. kita tak tahu, dan sebagai anak pun, jarang yang nak ambil tahu. Bila balik tengok mak sihat boleh buat kerja dan berjalan dah anggap sihat. Duduk umah mak sendiri pun rasa berbahang nak keluar . Bila balik dari berjalan emak masih melayan anak dia dan tersenyum.
Kadang kadang aku merasa sangat bertuah bila aku diberi peluang oleh allah untuk merasa menjaga emak sakit, mandikan mak, siapkan makan dan pakaikan mak baju. anak-anak yang lain mungkin tak akan merasai semua ini, ini merupakan kenangan manis aku bersama mak dan mungkin bukan bahagian anak-anak mak yang lain. adik , kaka dan abang-abang ku sekelian aku doakan semoga allah akan memberi petunjuk kepada kalian sebelum terlambat.
Aku bukan kata aku dengan mia anak yang bagus tapi kami akan lakukan apa yang termampu, susah mana nak jaga hati mak dan abah, mana nak dengar cakap suami lagi, melayan kerenah anak-anak. Kadang-kadang aku rasa nasib aku lebih baik dari mia dan kak mimah. Ya aku tahu allah akan menduga hambanya yang mampu sahaja. contohnya macam kak mimah dan mia, cukuplah apa yang aku tahu apa yang mereka alami dalam hidup mereka.
Aku harap kalian akan dapat mengharungi liku kehidupan dengan tabah dan allah akan sentiasa disisi kita.

BALIK KAMPUNG ASAL

Pada 27 april 2010 bersamaan 12 Jamadilawwal 1431 cikgu mahani isteri wak kama kembali kerahmatullah. tiga tahun menderita akhirnya kembali jua. Aku doakan semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Kawan Azua pun baru kehilangan ibu tersayang. takziah buat kawan azua (ogi tak silap namanya ). Cerita pasal kehilangan aku masih terasa dengan pemergian din beramboi. walaupun dia tak ada kena mengena dengan aku tapi dia banyak memberi aku keceriaan. walaupun tengah marah, sedih tetap boleh ketawa bila mendengar lawak beliau. macam mana aznil nak terima hakikat sebab dia sentiasa berada disisi aruah.aku sendiri pun tak tahu kenapa tapi aku macam peminat dia yang lain sebelum ni tak sabar nak tunggu pagi nak dengar lawak dia. tapi selepas dia tak ada dah malas nak bangun. semoga allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. amin.....