Khamis, April 29, 2010

BALIK KAMPUNG ASAL

Pada 27 april 2010 bersamaan 12 Jamadilawwal 1431 cikgu mahani isteri wak kama kembali kerahmatullah. tiga tahun menderita akhirnya kembali jua. Aku doakan semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Kawan Azua pun baru kehilangan ibu tersayang. takziah buat kawan azua (ogi tak silap namanya ). Cerita pasal kehilangan aku masih terasa dengan pemergian din beramboi. walaupun dia tak ada kena mengena dengan aku tapi dia banyak memberi aku keceriaan. walaupun tengah marah, sedih tetap boleh ketawa bila mendengar lawak beliau. macam mana aznil nak terima hakikat sebab dia sentiasa berada disisi aruah.aku sendiri pun tak tahu kenapa tapi aku macam peminat dia yang lain sebelum ni tak sabar nak tunggu pagi nak dengar lawak dia. tapi selepas dia tak ada dah malas nak bangun. semoga allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. amin.....

Tiada ulasan: