Khamis, November 27, 2008

ABAH & MAK

Semua Orang mempunyai ibu bapa, tapi tidak semua orang menghargai ibu bapa mereka. Apabila difikirkan aku rasa bertuah sebab aku sentiasa mendampingi mak dan abah setiap hari. Aku dapat menyumbang bakti dengan membantu mereka melakukan kerja yang mereka tidak mampu lakukan, menjaga mereka ketika sakit dan yang paling penting aku dapat meluangkan masa dengan abah dan mak setiap hari. Mungkin rasa pelik kalau aku katakan ada anak yang tidak tahu nak berbual dengan mak mereka( kekok ), pelikkan tapi itulah kenyataan sebab kak iparku ada yang macam tu, dari apa yang beliau ceritakan kepada ku memang sedih kisah hidup beliau, bagaimana buruknya ibu sendiri melayan dia, kalau aku ceritakan dekat sini mungkin ramai yang tak percaya tapi mungkin juga ada yang senasib dengan kak iparku.
Bila mendengar nasib orang lain aku rasa sangat bertuah mendapat ibu bpa yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga yang diamanahkan oleh allah untuk menjaga zuriat mereka dengan baik, sekurang-kurangnya aku diberi pendidikan agama dan dianjar tanggungjawab sebagai anak. Abah orangnya tidaklah garang tapi kalau dia marah takut..... sikap abah lebih suka memerhati tingkah laku anak-anaknya , kalau terlampau dia akan tegur dan seingat aku abah tak pernah menjentik aku sekali pun.
Mak mana yang tak sayang anak, mereka yang mengandungkan kita dan melahirkan kita tentulah kasih sayangnya melebihi segalanya. Mak orangnya terlalu lurus, mak dikahwinkan diusia 15 tahun dan terus terpisah dari keluarga kerana terpaksa mengikut suami yang berkerja sebagai askar british disingapura. mak memang bermulut bising kalau ada tingkah laku anaknya yang tidak mendengar katanya dia akan (membebel) panjang, kalau tak sabar dinasihatkan pergi cepat kalau yang tahan jangan menjawab dan diam je. Mak sanggup susah demi anak-anaknya, semasa kecil dahulu kami adik beradik tak ada duit belanja untuk kesekolah, mak akan bangun pukul 4.00pagi untuk membuat sarapan bagi anak-anaknya untuk dibawa kesekolah. Mak juga menjual kuih untuk menggembirakan anak-anaknya supaya dapat membelikan apa yang anak-anaknya teringin nak makan. tidak dinafikan mak memang pandai masak, setiap kali abah pergi kemana-mana, sekiranya dia makan masakan yang sedap pasti abah akan ceritakan pada mak macam mana rasa makanan tersebut dan mak akan cuba membuatnya, pasti menjadi. jadi takpayahlah abah nak bawa kami pergi ketempat tersebut, dan kami pun faham dengan pendapatan abah pada masa itu, kami tidak berani nak minta belikan mainan atau barang keperluanperibadi mahu pun sekolah seperti pensil warna buku tulis dan bayaran kelab dan koko. kami akan mengumpul duit raya sebanyak mungkin dan menyimpan separuh dan membeli apa yang kami kehendaki. abahlah yang membawa kami pergi ke pasaraya untuk memilih barang yang kami teringin nak beli.
Kalau bercerita pasal makan aku pasti teringat cara abah mendidik kami, kalau musim buah durian abah akan membeli banyak sangat durian, dan kesemua durian terseut dibuka dan dikumpulkan terlebih dahulu isinya, setelah selesai barulah abah akan membahagikan sama rata supaya anak-anaknya dapat merasa buah durian yang sedap dan tak sedap mengikut nasib, kami 12 bedradik jadi macam-macam perangai yang tua akan mencilok adik-adik punya. Mak selalu mengingatkan kami jaga adab dan tingkah laku ketika pergi kerumah orang, kami tidak akan berani keluar masuk, ambil makanan yang dihidang sesuka hati apatahlagi nak minta itu dan ini. apa yang mak kasi itulah kami makan, tapi bila aku nak mendidik anak ku seperti mana mak lakukan kenapa anak ku tak mahu mengikut dan pandai menjawab pulak tu, kalau dulu bila degil sikit mak akan mencubit apabila pulang kerumah dan esok serik tak buat lagi tapi sekarang kalau kita cubit anakkita mereka akan menjerit sekuat hati hinggakan orang ingat kita pukul teruk sangat.
Kalau kita menyakiti hati ibu bapa kita hidup kita tidak akan tenteram didunia dan akhirat. aku pernah menyinggung perasaan mak dan pada hari yang sama aku tidak dapat membuat kerja dipejat dan hati menjadi tak menentu resah gelisah, difiran macam -macam yang berligar, " kalau balik nanti aku kemalangan dan tak sempat minta maaf apa akan jadi pada ku, mati dalam keadaan derhaka kepada ibu ku " aku cukup takut itu terjadi. jadi janganlah kita menyakiti hati ibu bapa kita. walaupun bermacam dugaan yang akan kita tempuh sekiranya duduk berdekatan dengan ibu bapa kita. kesabaran yang kuat perlu ada pada hati kita. bagi mereka yang tinggal dengan ibu bapa fahamlah macam mana rasanya. tapi aku bersyukur kerana aku terpilih oleh allah untuk berkhidmat dengan ibu bapa ku dan aku berharap semoga allah memberi banyak-banyak kesabaran kepada ku dan suamikau, dan janganlah menjadikan aku anak derhaka,ya allah engkau yang maha pemurah lagi maha pengasih dan penyayang, ya allah lindungilah kami ya allah. amin....

Tiada ulasan: