Jumaat, Februari 12, 2010

BALIK KAMPUNG

PADA 8 FEBRUARI 2010 mak mertua kak mia telah kembali kerahmatullah, aku nak ziarah tapi mak tak nak pergi jadi aku pun tak dapat nak pergi jugak sebab kalau aku pergi siapa nak masak untuk mak dan abah, nak mandikan mak.
ada satu perkara misteri yang terjadi semasa aku mandikan mak. biasanya aku akan mandikan mak pada pukul 5 petang. semasa aku mandikan mak sedang akau tunduk nak mencuci kaki mak tiba-tiba aku terhidu bau kapur barus yang digunakan untuk mandikan orang mati. baunya kuat sangat dalam bilik air tu. makin lama makin kuat, aku terdiam tak cakap apa pun takut mak kecil hati, tapi meremang bulu roma ku. tiba-tiba mak tanya aku ada bau tak kapur barus kuat sangat baunya. aku kata ada kenapa , mak cakap mungkin mak mertua kak mia datang ziarah kot, sebab sebelum tu aku ada bersembang tentang dia dengan mak. lebih kurang lima minit pas tu bau tupun hilang.
bila akak blik aku terus tanya dia pukul berapa mak mertua dia mandi, dia kata pukul lima sama waktu dengan aku mandikan mak. rasa terkejut gak la ini betul-betul misterikan.

Tiada ulasan: