Jumaat, Februari 12, 2010

NAKAL SANGAT KOT..

kebiasaannya tahun baru orang selalu pasang azam baru tapi berlainan dengan mak awal tahun 2010 agak kurang baik untuk kesihatan mak.pada 28 januari 2010 sekali lagi mak patah tangn. kesian kat mak tapi nak wat cam ne nakal sangat, orang dah kata jangan merayap merata hutan dan jangan buat kerja berat tapi dah lasak, lasak jugak. masa kejadian mak hanya tinggal dengan aina anak kecil ku yang bursusia 3 tahun. tangan mak agak teruk , patah dua terus terkulai kalau diangkat ke atas, kesian kat mak dugaan lagi.
tapi kali ni mak bertekat tak mahu pergi ke hospital setelah dua kali pergi ke hospital tangan dan kakinya menjadi cacat, ini berpunca dari kecuaian pihak hospital. jadi kali ni mak nak cuba jumpa bomoh patah( gelaran orang pada ustaz ni ). abah setuju, mia pun tanya pada jiran tentang seorang ustaz yang boleh ubat patah.
kalau di lihat dari kecederaan mak memang mengerikan. tangan mak terkulai setiap kali bila diangkat, tangan mak membengkak dan terdapat luka sedikit. ustas tu membetulkan tulang tangan mak supaya sama dan dibalut dengan kunyit yang ditumbuk. alhamdulillah tangan mak tak bengkak dan mak boleh tidur dengan lena tanpa mengerang kesakitan seperti sebelum-sebelum ni.
sepanjang mak sakit ni nampaknya aku kena tinggal dengan mak la, aku bersyukur sebab suami sanggup bertolak ansur untuk menjaga mak dan dia banyak membantu aku menjalankan tugas seharian. terima kasih abang, tak semua suami sanggup buat macam yang abang lakukan. Aku rasa bangga dan bertuah sebab dapat jaga mak sakit, mandikan mak, sipakan makan minum mak walaupun hakikatnya memang penat sangat tapi bila fikir kelebihan yang kita perolehi aku harus bersabar. tak semua anak-anak dapat berbakti dengan mak bapak mereka. aku dan mia yang selalu menggalas tanggungjawab ni. adik beradik yang lain tak akan tahu perasaan kami. akak kita kena jaga mak sampai sembuh ok, terima kasih sebab tolong sama jaga mak.

Tiada ulasan: